MELAYU

BAHASA MELAYU

  HOMESTAY AN-NAIM, KG NAMEK, SIK, KEDAH

     UNTUK TEMPAHAN, Homestay An Naim. Masjid Namek, 08200 Sik, Kedah

019-9671929 (Hj Azmi)
019-5191925 (Md Isa)


1.                  LATARBELAKANG SEJARAH: 
Bangunan berbentuk dewan ini di bina  oleh pihak Jawatankuasa Masjid
An-Naim pada bulan Julai 2008  menggunakan wang sumbangan orang ramai (anak-anak Qariah Namek) serentak dengan pembinaan masjid baru yang dibina oleh pihak JKR. Dewan ini dibina untuk menggantikan buat sementara bangunan masjid lama yang dirobohkan.  Luasnya kira-kira
60 kaki X 50 kaki  dan kos pembinaan dewan ini kira-kira  RM 45,000.

2.                 Sementara menunggu “Dewan Musolla” ini  siap dibina, pihak IKM Sik telah bemurah hati meminjamkan Surau mereka untuk kegunaan anak-anak jemaah khususnya untuk solat Jumaat. Setelah menumpang Surau IKM selama 9 minggu ( 9 Jumaat) ,“Dewan Musolla An Naim” muIa digunakan untuk solat harian dan solat Jumaat mulai 29 September 2008 dan terus digunakan selama 18 bulan sehinggalah masjid baru boleh digunakan pada Bulan Mac 2010  walaupun belum siap dengan sempurna. Ini kerana pihak JKR dengan peruntukan RM 450,000 hanya dapat menyiapkan rangka masjid (lantai kosong, tiang, atap dan bilik-bilik sahaja). Alhamdulillah, sekali lagi, orang ramai, terutamanya anak-anak jemaah Qariah Namek ini telah mewakafkan wang ringgit mereka bagi melengkapkan masjid dengan siling plaster, lantai, tingkap dan pintu-pintu utama serta “awning” dan sebagainya sehingga siap pada September 2010 walaupun dengan cara beransur-ansur. 

3.               PROJEK “HOMESTAY AN-NAIM”:
Memandangkan dewan ini sudah tidak lagi digunakan sepenuhnya, pihak Jawatankuasa Masjid memutuskan supaya ianya diubah suai menjadi
bilik-bilik tumpangan ala “Homestay”, dewan untuk kuliah/kursus, kelas-kelas bimbingan, kenduri-kendara  dan sebagainya.
Projek bermula pada Bulan Oktober 2010  dan siap pada  bulan Disember 2010  dengan menyediakan  4 buah bilik tidur (14’x12’) diisi perabot hotel terpakai; setiap bilik  mempunyai 2 katil kelamin (Queen) , almari pakaian, dan lantai berkapet hijau (sesuai untuk satu keluarga sederhana besar).

Homestay An Naim.

 Bilik yang selesa dan luas

 Sungai Chepir

 Kolam ikan untuk kaki pancing

Sawah padi berlatarbelakangkan bukit Legong


4.       LOKASI: 
Homestay An Naim terletak di Kampung Namek,  kira-kira 3 km dari Pekan Sik dan kira-kira 35km (setengah jam berkereta)  dari Tol Gurun.  Kedudukannya di lembah Sungai Chepir yang subur berserta sawah padinya yang menghijau sungguh menarik pandangan.  Air sungai yang sejuk jernih seolah-olah mengundang pengunjung mandi manda di dalamnya. Di persimpangan masuk ke Homestay terdapat sebuah kolam ikan bagi mereka yang gemar memancing. Kira-kira 150 meter sahaja dari Homestay pula ialah kawasan
kebun getah yang boleh menguja  orang bandar/pelancong yang belum pernah melihat bagaimana pokok getah ditoreh.
  
Tidak jauh dari sini juga terdapat beberapa tempat menarik seperti:-
i)             Tempat berkelah Air Terjun Lata Mengkuang – 9km
ii)            Tempat berkelah Perangin Taqwa -  4km
  iii)      Ladang Anggur ala Sepanyol Vineyard- 12km
  iv)      Tasek Beris (memancing, berkelah dll) – 13km
  v)       Memproses ikan pekasam Pak Ali – Kg Jelutong – 3km
  vi)      Kraftangan /cenderamata Persada Biru– Carok Pelanduk – 8km
  vii)     Institut Kemahiran Mara Sik  -  1KM
  viii)    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik  - 1 km

5.       BAYARAN HOMESTAY:
Dalam tempoh promosi untuk beberapa bulan ini, pihak pengurusan Homestay tidak menetapkan kadar sewaan, hanya berharap para tetamu  dapat menyumbang seberapa ikhlas untuk mengisi tabung wakaf masjid. Alhamdulillah kami bersyukur dapat menyediakan tempat berteduh untuk tetamu yang bermusafir dan semoga Allah jua yang membalas budi baik anda  yang sudi menyumbang dan beramal jariah untuk Rumah Allah.

6.             NOTA / INFO TAMBAHAN:-
MAKANAN dan MINUMAN:  Buat masa ini pihak Pengurusan Homestay memohon maaf kerana belum dapat menyediakan kemudahan tersebut namun begitu kedai runcit berhampiran menjual nasi lemak dan pelbagai kuih-muih setiap pagi mulai jam 6:45 pagi. Dua buah warung makan di Kampung Namek (kira-kira 0.5 km dari Homestay) juga menyediakan pelbagai makanan. Sebuah dibuka pagi hingga petang, tutup hari Jumaat dan sebuah dibuka petang hingga malam, tutup hari Isnin.

PEKAN HARI / PASAR MALAM:  Di Pekan Sik.
Setiap hari Sabtu mulai 3.00ptg -10 mlm;
Hari Isnin mulai 3.00 ptg -10 mlm;
dan Selasa mulai 8.30 pagi – 12 t.hari


Peta Lokasi



7.      PENUTUP:  InsyaAllah pihak Pengurusan akan cuba mempertingkat dari masa ke masa kemudahan-kemudahan bagi keselesaan para tetamu.
Sayugia diingatkan pihak Pengurusan Homestay An Naim tidak bertanggung jawab atas sebarang kemalangan atau kehilangan barang dan berharap para tetamu  memastikan mereka tidak meninggalkan barang berharga di dalam bilik.

Sebarang cadangan bagi kebaikan Homestay ini dialu-alukan dan boleh dimajukan melalui lisan atau tulisan kepada:

Pengurus, Homestay An Naim. Masjid Namek, 08200 Sik, Kedah
atau berhubung terus ke talian
019-9671929 (Hj Azmi)
019-5191925 (Md Isa)

Sekian, berbanyak terima kasih atas sokongan anda daripada Urusetia Homestay bagi pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid An Naim, Qariah Namek, Sik, Kedah. Wassalam.http://annaimhomestay.blogspot.com/2011/06/naim-homestay-kg-namek-sik-kedah.html